Hikayat Seorang Pendosa Di Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله القائل شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُو
 والصلاة والسلام علي سيدنا محمد القائل  ‏ ‏الصِّيَامُ ‏ ‏جُنَّةٌ ‏ ‏فَلَا ‏ ‏يَرْفُثْ ‏ ‏وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ‏ ‏لَخُلُوفُ ‏ ‏فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ  أَجْلِي ‏ ‏الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا



Dihikayatkan daripada sebuah kitab berjudul درة الناصحين في الوعظ والارشاد bahawa seorang lelaki bernama Muhammad. Adalah ia tidak pernah sekali-kali bersolat. Maka apabila tiba bulan Ramadhan Kareem ia pun mulai menghiasi dirinya dengan pakaian yang sopan dan bau-bauan yang harum.Ia juga telah mula bersolat dan menqadha akan solat-solatnya yang telah ditinggalkan pada masa yang lalu sebelum ketibaan Ramadhan.

Melihat kepada perbuatan beliau yang janggal dan pelik, maka ditanya akan beliau oleh masyarakat setempat.Katanya kepada Muhammad 

"Mengapa kamu melakukan perkara yang janggal ini?yang tidak pernah kamu lakukan sebelum ini?

Muhammad menjawab,


"Bulan ini adalah bulan taubat, bulan yang penuh karahmatan dan keberkatan.Semoga Allah SWT melepaskanku dan mengampuniku dari dosa-dosa yang telah aku lakukan dengan limpah kurniaNya"







Maka, tidak beberapa lama kemudian Muhammad menuju ke hadrat Tuhannya yang HAQ! dan ada daripada masyarakat setempat bermimpi pada waktu tidur berjumpa dengan Muhammad.Maka bertanya ia akan Muhammad,




"apakah bentuk pembalasan yang telah engkau terima?azab dan kesengsaraankah atau sebaliknya?

Muhammad menjawab,





"Tuhan Rabbul Maghfirah telah mengampunkan dosa-dosaku kerana aku telah memuliakan dan menghormati bulan Ramadhan."

Imam Muda ‘kena pulau’



Perhatian!
Perkara ini tiada kaitan dengan IMAM MUDA dari rancangan realiti tv yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Baru saja saya menulis beberapa kisah yang berlaku di persektaran pondok An Najmiah, terbaca pula disini tentang apa yang saya tuliskan sebentar yang lalu.

Sila ikuti laporan lanjut dari Sinar Harian :


KAMPUNG GETING - Disebabkan kelantangan mertuanya
 mengatakan Menteri Besar Kelantan membawa ajaran Wahabi, seorang menantu yang juga Imam Muda Masjid As-Somadi dekat sini menanggung akibatnya apabila dia ‘dipulaukan’ Ahli Jawatankuasa masjid (AJK) dan Imam Tua masjid itu.



Akibatnya, Imam Muda Masjid As-Somadi, Rosli Abdul Latif, 31, meletakkan jawatannya Jun lalu kerana tidak tahan menanggung malu dipulaukan oleh mereka dan lebih tertekan lagi apabila dalam masjid juga tersebar surat layang mencaci mertuanya, Abdullah Saamah (Tok Guru Haji Lah) merupakan guru pondok Geting.

Bahkan, di masjid itu juga pernah berlaku solat dua Imam apabila ada segelintir jemaah cuba memulaukan Rosli apabila dia menjadi imam untuk mengimani solat berjemaah.

Berikutan itu, penduduk di Kampung Geting meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) campur tangan menangani masalah di Masjid As-Somadi ini kerana jelas Rosli menjadi mangsa keadaan.

Wakil seorang penduduk, Mohd Zulkifli Mat Nawi, 36, berkata, AJK masjid itu semuanya ahli Pas dan sepatutnya soal Imam Muda jangan dilibatkan dengan politik.

Menurutnya, tersebarnya surat layang dalam masjid dan ada juga surat layang berbau ugutan memang satu penganiayaan kepada Imam Muda itu.

“Gara-gara mertuanya, dia yang menjadi mangsa keadaan sehingga dipulaukan AJK masjid.

“Saya juga agak terkilan kerana AJK masjid memaksa Imam Muda meletak jawatan pada mesyuarat AJK masjid 17 Jun lalu,” katanya daripada Kampung Surau Lama Geting.

Manakala bagi Sanusi Yaakob, 33, berkata, jika sebelum ini tugas di masjid seperti membaca khutbah bergilir-gilir antara Imam Muda dengan Imam Tua, tetapi selepas Imam Muda dipulaukan, semua tugas dipikul oleh Imam Tua, Deraman Muhammad.

“Mana-mana ustaz yang sering mengajar di masjid ini ada dipecat sekiranya tidak sebulu dengan AJK masjid.

“Mereka memang tidak dibenarkan datang mengajar lagi, terdapat dua tiga ustaz sudah tidak nampak muka di masjid ini, ada seorang ustaz tu memang anak murid Tok Guru Haji Lah, dia juga dah tak nampak muka di masjid ini” katanya.


                                                                            Menara  Masjid As Somadi

Masjid As-Somadi Mukim Geting setiap kali solat Jumaat dihadiri kira-kira hampir 3,000 jemaah melibatkan penduduk dari Kampung Geting, Kampung Raja, Kampung Surau Lama dan Kampung Tebing.
 
 
 
Ulasan Saya:
 
Untuk muslihah umum Rosli Abd Latif sebagai imam muda di masjid tersebut tidak pernah secara langsung terbabit dalam mana-mana parti.Dalam seisi kuliahnya juga tidak berbaur parti, ini adalah untuk menjaga muslihah supaya semua penduduk pergi kemasjid tanpa mengira warna parti.Berbeza dengan sikap imam tua masjid tersebut.
 
Tujuan saya adalah supaya tidak ada salahfaham dari pihak pembaca antara kedua-dua imam ini, jauh sekali untuk membuka pekung puak taksub PAS ini.
 
Sudah terlalu lama masalah ini dibiarkan sehingga masyarakat yang ber"warna biru" merasa segan silu untuk ke masjid kerana takut disindir dalam seisi-seisi kuliah dan ceramah ugama oleh pendakwah PAS.

Tokoh agama minta Nik Aziz buang ego




PENGKALAN KUBOR 2 Ogos - Dua tokoh agama di negeri ini mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuang ego dan dendam untuk menyatukan UMNO dan Pas demi perpaduan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.




Mudir Pondok Pak Krau, Mohamad Zainal Abidin Awang dan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga ahli Pas berpendapat, tiada sebab untuk Menteri Besar itu terus menghalang perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan ketika umat Islam diancam daripada pelbagai sudut.



Mohamad Zainal Abidin berkata, usaha untuk menyatukan kedua-dua parti tersebut di meja rundingan harus dilakukan secepat mungkin memandangkan kekuatan orang Melayu hampir pupus berdasarkan senario politik masa kini.



Beliau berkata, Nik Abdul Aziz wajib menerima perpaduan dengan UMNO kerana parti tersebut sentiasa mendukung Islam dan tidak pernah menghalang perkembangan agama suci itu, malah menggalakkan rakyat di negara ini mengamalkannya.



"Kenapa Pas tidak boleh bersatu dengan UMNO, atas alasan apa? Jika dibandingkan UMNO dengan Pas, UMNO lebih banyak membangunkan Islam, lihat sahaja di negeri ini, siapa yang buat masjid, sekolah, hospital dan jalan raya.



"Kita kena betulkan persepsi, Pas bukan Islam, Islam bukan Pas. Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mencadangkan supaya Pas dan UMNO melupakan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.



Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menolak cadangan tersebut dengan memberikan alasan perbezaan dasar di antara kedua-dua parti itu tetapi pada masa yang sama mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) biar pun berbeza cita-cita.



Mohamad Zainal Abidin berkata, pada masa ini tidak timbul mengenai dasar UMNO atau Pas kerana agenda yang lebih penting ialah penyatuan umat Islam dan orang Melayu.



"Kita lihat di akhbar dan televisyen setiap hari ada tuntutan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Kita harus sedar bahawa umat Islam sedang diancam, hanya perpaduan dapat menyelamatkan kita daripada terus ditekan oleh musuh Islam," katanya.



Abdullah pula berkata, mengikut hukum Islam, menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah mewajibkan umat Islam bersatu padu.



"Dalam konteks negara ini, perpaduan terbahagi kepada tiga iaitu pertama, menzahirkan ketuanan dan keistimewaan Melayu; kedua, perpaduan semua kaum seperti konsep 1Malaysia dan ketiga, perpaduan kesamarataan.



"Perpaduan yang ketiga tidak boleh diterima kerana dalam Perlembagaan negara telah termaktub hak-hak keistimewaan orang Melayu hasil pengorbanan orang Melayu sebelum merdeka, jadi kita tidak boleh terikut-ikut cara DAP yang akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.



"Oleh itu, saya menyeru kepada Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menerima perpaduan dengan UMNO demi umat Islam dan orang Melayu. Hari ini tiada lagi perbezaan dasar di antara Pas dengan UMNO," katanya.

UTUSAN MALAYSIA
 
Ulasan saya
 
Untuk makluman Ustaz Zainal Abidin adalah berasal dari Bachok.Beliau adalah antara orang yang terkemuka membawa masuk PAS ke Bachok satu ketika dahulu.Pelajar dari pondok Al Bakriah Pasir Tumboh dan kemudian dari itu beliau berhijrah untuk belajar di pondok Patani dan sekembalinya ke Malaysia beliau "berpondok" pula di pondok Yusufiah Gelang Mas, Pasir Mas.Kini beliau mengambil alih bekas tapak pondok yang telah diasaskan oleh Allahyarham Cik Rahim (alim muda juga bekas murid kepada TG Abdullah Saamah)di Pak Kerau.Berkemungkinan besar Ustaz Din mungkin akan memulai seisi ceramah bersama UMNO selepas ini.
 
Mereka berdua telah dipulaukan oleh sesetengah penduduk, bahkan sahabat saya, menantu kepada TG Abdullah Saamah disekat untuk mengajar disurau-surau sekitar kampung.Beliau yang juga imam muda di masjid As Somadi Geting tidak dibenarkan membaca khutbah jumaat dan tidak lagi menjadi imam solat kerana akan berlaku dua imam jika beliau mengimamkan solat.Lebih kurang sebulan yang lalu beliau telah ke MAIK untuk meletak jawatan  kerana tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai imam muda. Ini adalah sebab tidak ada kerjasama dari sesetengah penduduk.
 
Seorang penduduk dikawasan tersebut mengistiharkan bahawa anak murid kepada TG Abdullah Saamah tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan.Malah rakan saya yang telah menjadi imam terawih dimasjid tersebut selama tiga tahun juga tidak dibenarkan kerana beliau adalah bekas murid pondok TG Abdullah Saamah.Manakala rakan saya dipondok tersebut dikunci pintu surau ketika ia mahu memenuhi jemputan kuliah maghrib oleh penduduk setempat.
 
Inilah antara beberapa cebisan onak duri  yang terpaksa dilalui oleh mereka.Tidak dinamakan perjuangan jika tiada rintangan dan tiada ganjaran tanpa sedikit pengorbanan.Kesatuan ummah akan terus diperjuangkan.