Umno kena kencing???




SOKONG MEMBAWA REBAH

Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokong Barisan Nasional. Contoh paling klasik ialah kes Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah yang berpusat di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. Institusi ini tidak mendapat bantuan Sekolah Agama Rakyat di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana beraliran Wahabbi as-Salafi.


USAHA UMNO 1

Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) adalah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk mencari dana pembiayaan bagi penubuhan Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah. Yayasan ini diterajui oleh En Ismail Omar, Pengarah Urusan, syarikat Global Access Holdings (M) Sdn Bhd. Dengan bantuan Datuk Mukhriz Mahathir, Yayasan ini telah mendapat pelepasan cukai dari Kerajaan Persekutuan di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967 sejak 01 September 1996.[1] Dalam masa yang sama, Datuk Mukhriz Mahathir, selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memberi konsesi yang banyak kepada syarikat Global Access Holdings (M) Sdn Bhd, buktinya:-


SEMINAR & FESTIVAL
KEUSAHAWANAN PAKATAN SIMBIOTIK MALAYSIA[2]

Tarikh                     :               19-20 OKTOBER 2009
Masa                       :               8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi                     :               Auditorium Kompleks Perdanasiswa
                                                Universiti Malaya
Penganjur              :               MITI, INSKEN & J-CORP
Perasmian             :               YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia (MITI)
Speakers                :               YBhg En Ismail Omar
Pengarah Urusan
Global Access Holdings (M) Sdn Bhd
Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara

YB Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim
Penasihat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia

USAHA UMNO KE-2

Sekali lagi UMNO melalui inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya mendapatkan sumbangan 3.0 juta Riyal Qatar dari Amir Qatar untuk pembinaan KIBLAH Education Complex di Lot 30774[3] (bersebelahan Bukit Unggul Golf Club), Jenderam Hilir, Selangor yang akan menempatkan Sekolah Swasta, Maahad Tahfiz dan Pusat Bahasa Arab. Sumbangan disampaikan oleh wakil Amir Qatar, iaitu Syeikh Sulaiman As-Sallumi (Mufti Masjid Haram Mekkah) kepada Tan Sri Hashim bin Meon, Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad (dan isteri) yang turut menyampaikan pidato bertajuk Muslim Dilemma Challenges & Opportunities. Foto-foto majlis gilang-gemilang pada 6 Jun 2010[4] adalah sepertimana berikut:-


USAHA UMNO KE-3[5]

Pada 19 Ogos 2010, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengambil inisiatif untuk mengatur-cara pertembungan intelektual di antara Yayasan Kajian Strategik Malaysia (YKSM) dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam agenda pendidikan Islam agar ianya lebih terancang dan kemas. Pertemuan itu memberi peluang kepada Tan Sri Dato' Hashim Meon, Timbalan Pengerusi, YKSM (juga Pengerusi YAKIN) mencadangkan beberapa pendekatan strategik yang perlu diambilkira oleh Tuan Haji Rashid Ngah, Pengarah Unit Pendidikan Islam dari KPM bagi menjamin kelangsungan sokongan Kerajaan Malaysia terhadap keperluan rakyat bagi melahirkan generasi Melayu dan Islam yang mantap di masa hadapan.


UMNO AKHIRNYA KENA KENCING

Setelah berbagai sokongan yang diberikan UMNO kepada golongan ini untuk menyebar-luaskan dakwah wahabbi as-salafi, akhirnya wajah sebenar kelompok Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin terbongkar jua. Pada 16 Oktober 2010 baru-baru ini,  Tan Sri Khalid bin Ibrahim dan Dato’ Hassan bin Ali telah dijemput untuk merasmikan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah di Kompleks Ampar Tenang, Yayasan Selangor, Dengkil. YAB Menteri Besar secara berlapik telah menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana enggan menyalurkan bantuan Sekolah Agama Rakyat kepada Maahad Tahfiz Kiblah yang beraliran wahabbi as-salafi.

”Kali ini saya harap JAIS melawat ke semua sekolah agama rakyat, tanpa pilih kasih, tanpa memikirkan bantuan, sekalipun berbeza aliran. Tanggungjawab JAIS menentukan pendidikan melalui syariah Islam dan memperkembangkan ke atas setiap umat.” [6]

Tan Sri Khalid bin Ibrahim menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada Tan Sri Hashim bin Meon, wakil Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, sambil diperhatikan oleh Dato’ Hasan bin Ali

RUMUSAN

UMNO harus kembali kepada warisan agama Islam yang diamalkan nenek-moyang mereka terdahulu yang terang lagi jelas berpegang teguh kepada aliran aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.