KUASA TIANG KEPADA CITA-CITA ( 2 )
Pondok Bangkit Semula
11. Selama
ini guru-guru pondok yang berpengaruh seperti
|
al-marhum TG
Abdul Rahman bin Sulaiman (Pondok Sungai Durian) |
|
al-marhum
TG Mustafa bin Abu Bakar (Pondok Pasir Tumbuh),
|
|
al-marhum TG Abdul
Aziz bin Abu Bakar (Pondok Pasir Tumbuh), |
al-marhum
TG Ghazali bin Abdullah (Pondok Tunjung) dll adalah
merupakan Check & Balance bagi
memastikan perjuangan PAS Kelantan tidak tersasar dari landasan ASWJ.
12. Kembalinya tokoh-tokoh ini ke rahmatullah
telah memberi ruang dan peluang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat untuk
kembali agresif dengan agenda pembaharuannya. Maka
tidak hairanlah Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah, Madrasah An-Najmiah, Kg Geting,
Tumpat, Kelantan telah meluahkan perasaannya yang mewakili suara hati guru-guru
pondok di Kelantan bahawa :-
“Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila
seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT
direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana
berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Kami
golongan pondok sebenarnya dibuai oleh PAS sejak negara mencapai kemerdekaan,
mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam
walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British, Namun selepas
berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz
biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah
ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia
beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang
penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.”
13. Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat dengan tegas mempertahankan pendiriannya tentang Sifat
20 dengan merujuk
kepada beberapa buah kitab, khususnya kitab karangan Syed Sabiq yang sealiran
dengan manhaz Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Pendapat ini turut disokong oleh Dr
Mohd Asri bin Zainal Abidin.
Maka tidak hairanlah, Tuan
Guru Hj Abdullah bin Sa’amah sepertimana yang pernah dilakukan rakan-rakan
seperjuangan terdahulu, terpaksa tampil sebagai imam perang yang berjuang bagi membawa PAS Kelantan kembali ke
landasan ASWJ walaupun beliau bukanlah ulama pondok yang terbaik untuk melakukannya
– beliau dikenali ramai sebagai seorang yang kerah keng dan gedebe. Perjuangan menentang
pengaruh kaum muda dalam PAS turut berlaku di lain-lain negeri, antaranya:-
JOHOR, NEGERI SEMBILAN & MELAKA
14. Johor - Benteng ASWJ di dalam
PAS Johor terletak kepada saf penerajunya yang mempertahankan warisan sistem
pendidikan Islam negeri Darul Takzim.
15. Negeri
Sembilan - Benteng ASWJ di dalam PAS Negeri Sembilan pula ialah melalui
istiqamah zikir tariqat sufiyah, khususnya aliran Ahmadiah Idrisiah. Walaupun
demikian, masih terdapat kepimpinan PAS yang menjadi pengikut fahaman kaum muda
ini seperti di Madrasah Ittiba' al-Sunnah, Kg Parit, Kuala Pilah (seperti
Blogger - Tulang Besi
,
Aduka Teruna dll).
16. Melaka - Benteng ASWJ di dalam
PAS Melaka pula terletak melalui cinta kepada golongan habib aliyiwwin yang
istiqamah menghidupkan maulid, berzanji dan ratib. Walaupun demikian, masih
terdapat kepimpinan PAS yang menjadi pengikut fahaman baru ini di Madrasah
Darul Hadis, Kg Brisu, Alor Gajah (seperti Muhammad bin Yatim, Minghat bin Mamut dll).
TERENGGANU, PERLIS & KEDAH
17. PAS Terengganu di bawah Abdul Hadi bin Awang
dan Harun bin Taib juga menganut fahaman kaum muda sebagaimana Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat, namun perkembangan tajdid golongan ini dapat dibentengi oleh
pengaruh habib-habib ahlul bait, guru-guru mursyid suffiyyah
dan guru-guru pondok al-fathani yang berfahaman ASWJ. PAS Perlis
melalui Dato’ Harun bin Din, YB Hashim bin Jasin, Yussainie bin Yahya dll sedang
berjuang untuk membebaskan aqidah ASWJ dari cengkaman UMNO
Perlis Darul Wahabbi yang ditadbir secara belakang tabir oleh Datuk Hashim
bin Suboh (proksi Shahidan bin Kassim) dan Dr Juanda bin Jaya (proksi Dr Mohd
Asri bin Zainal Abidin). Semoga bai’ah tareqat sufiyah Naqsyabandi al-Khalidiyyah di Changloon,Kedah oleh saf pejuang PAS Perlis memberi
kekuatan baru kepada jihad mereka. PAS Kedah dan institusi pondok di Kedah
saling lengkap-melengkapi kerana masih berpegang teguh dengan aqidah ASWJ. Misalnya; Tuan Guru Salleh bin Musa al-Syatariyyah (Pondok Sik)
bolehlah dianggap sebagai Mursyidul Am bagi negeri-negeri di wilayah utara
tanah air kerana kerana ketegasan dan lantang menentang fahaman wahabbi yang
dibawa Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.
PERAK, SELANGOR & PULAU PINANG
18. PAS Perak yang semakin
liberal dengan sekutunya DAP tak perlu dipertikaikan lagi. Banyak bukti
sebenarnya, namun cukuplah sekeping foto yang memaparkan tindakan bekas Menteri Besar
Perak memegang lilin dapat membezakan sama ada af’al tersebut sebagai suatu
sesi sidang media atau pun majlis memperingati kematian mendiang Teoh Beng Hock.
19. Selangor - Dengan restu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengizinkan isu kalimah Allah sebagai hak milik bersama digunakan sebagai bahan
kempen PRK Sibu baru-baru ini telah menjadi faktor penentu kepada kemenangan
calon DAP. Maka tidak hairanlah kepimpinan PAS
Selangor seperti YB Dr Mariah Mahmud (Kota Raja) dan YB Khalid Samad (Shah
Alam) bertungkus-lumus membantu kempen DAP di gereja bagi membuktikan bahawa
PAS hari ini adalah liberal dan toleran dalam urusan agama.
20. Tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB
Xavier Jayakumar (PKR Sri Andalas) pada bulan Ogos 2009 berucap di dalam Masjid
Sri Andalas, Kota Raja, Klang sempena bulan Ramadhan telah dipertahankan
seorang lagi exco, iaitu YB
Dr Halimah Ali (PAS Selat Klang) dan Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin yang berpendirian bahawa kebenaran masuk
masjid kepada orang bukan Islam telah dipraktikan oleh Rasulullah saw sendiri.
PAS Selangor adalah konsisten dengan dasar Islam liberalnya. Ini terbukti PAS sekali lagi telah
memberi izin kepada YB Teo Nie Ching (DAP Serdang)
untuk menjejak kaki dalam dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral.
YB William
Leong Jee Keen (PKR Selayang) pula diizin untuk masuk ke dalam Masjid At-Taqwa
Selayang Baru. Sepertimana yang diduga,
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tampil mempertahankan
tindakan wakil-wakil rakyat bukan Islam dengan hujah-hujah yang senada dengan
Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin. Renungilah pendapat
seorang guru pondok Kelantan yang berhujah menggunakan ayat 28 surah
at-Taubah bahawa orang musyrikin itu najis, najis yang tidak boleh dibersihkan walaupun
dibasuh dengan tujuh kali air termasuk air tanah sekalipun, kecuali dibasuh
dengan Kalimah Syahadah. Maka hukumnya haram membawa masuk najis ke dalam
masjid.
21. Atas dasar Islam liberal inilah juga PAS Selangor hanya berdiam diri dan membutakan mata apabila wakil rakyat (pertama)
bukan Islam yang berjaya memasuki masjid di Selangor mengadakan kerjasama
dengan Pusat Kegiatan Gereja Saint Barnabas di Klang pada 28 November 2010
untuk memberi pendidikan percuma kepada 60 anak pekerja Myanmar !!!
22.
Pulau Pinang - Sewajarnya ADUN
tunggal PAS yang beraliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah dilantik sebagai Exco
Hal-Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebaliknya, politik licik DAP-PKR
telah memilih YB Abdul Malik bin Kassim (PKR Batu Maung) untuk mengisi
portfolio tersebut. Keputusan ini amat penting bagi memastikan dasar Islam di
Pulau Pinang terus kekal liberal dan sesuai dengan tuntutan semasa seperti (1) memberi
ruang dan peluang kepada Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin
untuk berdakwah wahabbi di masjid-masjid negeri; (2) membatalkan perarakan
Maulidur Rasul kerana percaya ianya adalah warisan agama kristian.
23.
Bahkan kontroversi terkini di Pulau Pinang ialah membenarkan
khatib jemputan dari Perak untuk mengutamakan bacaan doa selamat sejahtera
kepada Lim Guan Eng berbanding DYMM Yang Dipertuan Agung dalam khutbah Jumaat beliau
di beberapa masjid Pulau Pinang. Sekali lagi isu ini dibela dengan sesungguhnya
oleh Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin
dan golongan PAS liberal (misalnya, Idris bin Ahmad dll) dengan dalil dan hujah
yang segar dan relevan dengan landskap baru abad ke21.
Kesimpulan
24. Pengaruh besar PAS ke atas pengundi Melayu adalah kunci
kejayaan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merealisasikan cita-cita pembaharuan Islam
di Kelantan. Cuba
renungkan dengan mendalam nasihat Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin
bahawa kuasa adalah alat kepada
cita-cita. Katanya:-
Seseorang yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni
kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam
kehidupan. Sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak
memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama
omongan kosong. Tanpa kuasa tiada siapa mahu menerima apa yang kita perkatakan.
Ia diibaratkan omong kedai kopi semata-mata
25. Bagi merealisasikan agenda pembaharuan
Islam di peringkat persekutuan, PAS perlu terlebih dahulu bersikap liberal
untuk mendapat keyakinan DAP dan PKR. Atas dasar liberal inilah, Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat dan saf kepimpinan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan bantahan
keras terhadap isu isu Kalimah Allah yang jelas didalangi jentera
kempen Pakatan Rakyat. Malah Abdul Hadi bin
Awang dalam Ceramah Grand Finale di PRK Sibu dengan jelas dan terang bahawa
BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama
Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.
PAS tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan PAS sedia
bekerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
26. Maka tak hairanlah Lim Kit Siang pernah
berkata dalam kempen DAP PRK Sibu menyatakan bahawa memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS
tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat. Beliau mengaku, tema Undi
DAP Bererti Undi Untuk PAS Dan Negara Islam berkesan dalam pilihan raya
umum 1999 tetapi ia sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara
dalam pilihan raya umum 2008. Atas dasar itulah, katanya, di Kuala Sepetang,
Perak, 84 peratus pengundi Cina telah memberikan undi kepada calon PAS, Datuk
Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. Atas dasar
itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi
kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Dalam lain
perkataan, selagi PAS memperjuang Islam liberal ala kaum muda, maka selagi
itulah DAP akan memberikan undi Cina kepada calon Melayu-Islam.Adakah
fiqh siayasi PAS ini menguntungkan Islam ?
27. Atas kesatuan fahaman yang
liberal, maka bergabunglah kekuatan politik PAS-PKR-DAP untuk menawan kerusi persekutuan
dalam pilihanraya akan datang. Formula kejayaan penerapan nilai-nilai kaum muda
di Kelantan akan menjadi pendekatan yang digunapakai di peringkat persekutuan.
Maka secara tanpa disedari tercapailah matlamat akhir perjuangan
Daulah Wahhabi se-Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perisytiharan al-Sunnah : Deklarasi Wujudnya Keluarga as-Sunnah
yang pernah diserahkan oleh golongan wahabbi seMalaysia kepada DYMM Yang Di
Pertuan Agung, DYMM Raja-raja Melayu, Yang DiPertua Negeri, Ketua-Ketua
Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Mufti-Mufti Kerajaan Negeri pada tahun 1982.
28. Maka adalah menjadi suatu
kewajipan untuk kita menolak saf kepimpinan PAS yang berfahaman kaum muda, Islam
liberal atau wahabbi; serta mengangkat mereka yang berpegang teguh dengan manhaj
tulen Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai pemimpin. Inilah teras aqidah penyokong
akar umbi PAS sejak lahirnya parti itu pada 23 Ogos 1951. Jika PAS tidak
kembali kepada perjuangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka parti manakah yang akan
melepaskan taklif fardhu kifayah umat Islam di Malaysia ini untuk menegakkan
Islam secara kaffah ? Demikian juga dengan mana-mana parti siasah Melayu; andainya manhaj
songsang itu menjadi sendi fahaman mereka, maka wajarlah kita menentang mereka
habis-habisan. Lihat sahajalah beberapa contoh kecil penularan pengaruh wahabbi
tulen di dalam PKR dan UMNO.
29. Artikel
ini disimpul kemas dengan dua mutiara nasihat oleh 2 penyokong kuat PAS untuk
ditimbang-sukat oleh neraca akal yang waras :-
Tidak kira PAS UMNO kalau
bertentangan dengan aqidah kita tentang walaupun dalam jemaah PAS. Orang UMNO
jangan kerana taksub parti anda hingga menolak kebenaran hukum alQuran, jangan
hina ulama. Taksub boleh membawa kepada kufur. Orang PAS pun sama jangan taksub
salah tetap salah. Jangan telampau kuat parti hingga menolak kebenaran. Kalau
pemimpin salah kita kena tegur. Jangan taksub. Jangan memandang mudah pada
perkara agama, hukum hakam agama. Lebih-lebih lagi perkara aqidah ahli sunnah.
Kita kena tolak pahaman wahabi, syiah, pakeda dan lain-lain fahaman yang tidak
selari dengan aliran ahli sunnah. Pemimpin-pemimpin perlu berhati-hati
mengeluarkan hukum. Serah urusan agama pada ulama jangan gopoh, telatah
(terburu-buru). Jangan tolak perkara yang baik disisi agama walaupun dari UMNO.
Kita kena terima jangan taksub. Ya memang UMNO sesat tapi ada perkara agama
perlu kita akur - kata-kata oleh Baba Hj Salleh bin Musa
as-Syatarie, anak murid Syeikh Ismail al-Fathani (Pak Da Eil). Beliau ialah
Tuan Guru Madrasah Rahmaniah, Seberang Pekan, Sik, Kedah yang berusia 84 tahun.
Munshi Abdullah, penerjemah dan penyunting pertama
Bible (menurut Ngeh, al Kitab) dalam bahasa Melayu; ada menulis dalam karyanya,
berbunyi begini (sengaja saya petik dari terjemahan Inggerisnya): "It was
therefore an easy matter to revise the text, and to rewrite it in the proper
malay style. Nevertheless there still
remained a few obscure phrases. For the missionaries did not approve of my
changing a number of expressions which are not normally used by malays.
Examples are kerajaan shoorga, mulut Allah, anak Allah, Bapa-mu yang ada di
shoorga, kehidupan yang kekal and so on. They must necessarily sound awkward in
the ears of any Malays who hear them in time to come. If the missionaries, that
is, Mr Stronach, Mr North and Mr Keasberry, choose to put these mistakes right,
very good..." (Lihat Hikayat Abdullah, MBRAS, jika terbitan terkini 2009
halaman 29). Jika dahulu
misionaris ditolongi oleh orang seperti Munshi Abdullah, hari ini, gerakan
misionaris telah didokongi oleh kumpulan Islam Liberalis. Saya menyeru dari
hati sanubari saya supaya umat Islam yang tulen mengenepikan taksub kepartian
dan berfikir waras. Tolaklah dan jangan terbangang lagi. Saya juga ingin
mengingatkan pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan PAS supaya bermuhasabah diri
dan mencegah mudarat yang bakal tiba
ekoran isu sensitif ini. Dengan kebijaksanaan, tentunya - kata-kata oleh Dr Mohd Faizal bin Musa @ Faisal Tehrani al-Chisti, seorang
penulis muda tanah air yang berbekat besar. Beliau pernah menjadi mangsa
tuduhan Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin sebagai berfahaman syiah.
Assalamualaikum,
Berikut ialah
beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas
tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam
aqidah umat islam di negara ini.
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
·
Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
·
Tok Ayah Zid Kedai Lalat
·
Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
·
40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
·
Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
·
Jom Kenali Dr Maza & Co
·
Ahlul Bait Yang Dicerca
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
·
Rasulullah Budak Kampung
·
Maulid Tandingi Krismas
·
Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
·
Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part
1)
·
Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part
2)
·
Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
·
Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
·
Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
·
Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
Taklif pengkaji
telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk
menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka
bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan)
atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan
Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah
Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau
Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid
al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA
INFO TAMBAHAN - Abdullah Munsyi
(1796-1854) belajar untuk berfikir secara liberal dari kumpulan mubaligh
kristian. Beliau telah diberi gelaran Abdullah Padre oleh kumpulan mubaligh
tersebut (Kajian Dr Abdullah Abd Rahman, USM)