dari kiri: TG Syikhuna Abdullah Geting, Baba Abdul Aziz
(Ketua Persatuan Ulamak Fathoni), Al Arif Billah Habib
Umar al-Hafiz bin Salim (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut)

Gambar ketika kunjungan Habib Umar ke Kelantan 2008 di
rumah Baba Abdul Aziz Taman Guru.




Tokoh Ulama Kelantan Sokong Harussani


TUMPAT, 8 Mac (Bernama) -- Tokoh ulama terkenal Kelantan,
Abdullah Saamah, mahu umat Islam melihat kenyataan oleh
pemimpin agama, termasuk mufti yang dilantik kerajaan, dalam
konteks yang lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik sahaja.
Abdullah, yang juga pengetua sekolah pondok, Madrasah Al-Najmiah
Tebing,Pengkalan Kubor di sini, berkata menjadi tanggungjawab
seseorang ulama menyampaikan ajarannya berdasarkan ilmu dan
pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti
pemerintah.Menurutnya anggapan pihak tertentu kononnya ulama
yang menyokong kerajaan sebagai ejen sesebuah parti politik adalah
tidak wajar dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenarnya.Beliau
menyokong kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang
dilihatnya lebih menjurus ke arah perpaduan umat Islam walaupun
tidak disenangi parti pembangkang."Saya menyokong pandangan
Mufti Perak itu kerana dia bercakap berasaskan kepada kebenaran
mengikut ajaran Islam dan bukannya berpihak kepada sesebuah parti
politik," katanya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang menyifatkan
Harussani sebagai ejen Umno kerana Mufti Perak itu mempersoalkan
keengganan Pas menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan
antara Pas dan Barisan Nasional di Perak selepas pilihan raya umum pada
Mac 2008.Menurut Abdullah, mereka yang menganggap Harussani sebagai
ejen Umno lebih condong kepada politik kepartian.Beliau berkata mereka
yang melihat sesuatu perkara daripada aspek politik sempit akan hanya
menerima pandangan puak mereka sahaja.-- BERNAMA


Inilah seorang tok guru yg dicaci,dihamun,dimaki,
sehingga diugut pukul oleh sesetengah masyarakat
persekitaran pondok.



Habis hujjah fitnah ditabur



Terkejut saya selepas pergi ke pondok tok ayah geting 7 mac 2010 lepas jam 10.30am ..saya diberitahu bahawa beberapa puak yg taksub menyebarkan surat2 layang memfitnah tok ayah Lah di tangga masjid As somadi..saya paparkan surat tersebut di blog ini spya diperlihat "kebajikan" puak2 yg taksub ini terhadap tok ayah lah yg telah berkhidmat lebih kurang 30tahun di pondoknya...kemudian drpd itu saya pergi berjumpa dgn tok guru haji lah dan kebetulan baba suf dan 2 syeikh dr pondok Pasir Tumboh ada bersama tok ayah membincangkan mslh ugama berkenaan dalil2 dan hujjah untuk menentang agama wahabiyyah mujassimah yg semakin menular diwaktu senja ini...

yg benar

al fakir yg hina
leekubo@gmail.com