Kartika ikuti pengajian pondok di Kedah



IPOH 24 April - Bekas model sambilan yang menimbulkan kontroversi, Kartika Sari Dewi Shukarnor, (gambar) 33, kini mengikuti pengajian pondok di Kedah untuk mendalami ilmu agama selain mahu menenangkan diri untuk seketika.

Bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib, 63, berkata, anak perempuannya itu masih 'mencari ketenangan' walaupun telah menjalani hukuman khidmat sosial di Pahang baru-baru ini.

''Kartika kata nak tenangkan diri dulu buat sementara waktu. Sekarang dia berada di salah sebuah sekolah pondok di Kedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui di rumahnya di Sungai Siput, Shukarnor memberitahu, Kartika yang tiba pada pukul 2 pagi tadi hanya berehat beberapa jam sebelum bertolak ke Kedah.



''Anak saya Kartika memang ada balik ke rumah ini iaitu kira-kira pukul 2 pagi tadi tetapi telah bertolak ke Kedah.

''Dia pergi bersama anak-anak dan bekas suaminya," kata beliau.

Ditanya di mana Kartika dan keluarganya tinggal, Shukarnor berkata; ''Saya pun tidak tahu dengan siapa mereka tinggal di Kedah kerana mereka pergi secara senyap-senyap subuh tadi."

Bagaimanapun katanya, beliau bersyukur kerana kes anak kesayangannya itu telah dapat diselesaikan dengan baik.

''Insya-Allah kami akan buat sedikit doa selamat sebagai tanda kesyukuran," katanya.

Kartika menjadi tumpuan setelah Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman enam sebatan terhadapnya kerana kesalahan minum arak di sebuah resort di Pahang pada 2008.

Kontroversi melanda apabila hukuman tersebut tidak dapat dilaksanakan atas beberapa perkara sehingga mengheret campur tangan Sultan Pahang.

Atas budi bicara, baginda menggantikan hukuman sebat itu dengan melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama tiga minggu di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan.

Kartika menjalani hukuman khidmat masyarakat tersebut pada 2 April lalu dan dibebaskan pada Khamis lalu.

UTUSAN


Senarai pondok2 di Kedah,Pulau Pinang dan Perak:


BIL

ALAMAT PONDOK

TAHUN ASAS

PENGETUA


TELEFON

1

Madrasah Darul Muhajirin, Kg Pengkalan Sangga, Padang Chempedak, 13310 Tasir Gelugor, Seberang Prai

1992

Tuang Guru Hj Abdul Wahab b Husin


04-5733948

2.

Madrasah Sa’adatul Wataniah, Pondok Telaga Panchor, Kg Tembak, 09300 Baling, Kedah

1998

Ustaz Hj Ismail b Hj Taib


04 4626370

3.

Madrasah Tahzib an-Nufus,

Pondok Ustaz Awang Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, 09210 Baling, Kedah

1989

Tuan Guru Hj Wahab b Hassan


04-4791475

4.

Madrasah Tuan Guru Hj Abu Bakar Taib

1970

Ustaz Ibrahim b Jaafar


04-4791307

5.

Madrasah Misbahul Falah,

Pondok Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, 09210 Baling, Kedah

1958

Ustaz Ahmad b Hj Omar


04-4791701

6.

Madrasah ad-Diniah al-Latifiah,

Kg Kuak Luar, 33100 Pengkalan Hulu, Kroh, Perak

1968

Tuan Guru Hj Abdul Latif b Abdul Rahman



7.

Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah,

Pondok Ahmad Nahu, Kg Kuala Beris, Nami, 08210 Sik, Kedah

1989

Tuan Guru Hj Ahmad b Talib


04-7520902

8.

Madrasah Irsyadiah Islamiah, 08700 Ampang, Jeneri, Kedah

1974

Tuan Guru Hj Zakaria b Ismail


04-4645621

9.

Madrasah Nur Islamiah, Gajah Mati, 06700 Pendang, Kedah

1980

Tuan Guru Hj Abdul Rahim b Abdul Rahman


04-7597255

10.

Madrasah Takwiyatul Islamiah,

Pondok Bukit Lada, Jln Kubor Panjang, 06760 Pokok Sena, Kedah

1978

Tuan Guru Hj Abdullah b Lebai Saman


04-7821387

11.

Madrasah Ijtimaiyyah al-Ahmadiah, Tanjung Bedil, Mukim Gunung, 05150 Alor Setar, Kedah





12.

Madrasah al-Hidayah al-Hukmiah, Pondok Permatang Nibong, Pida Tiga, Mukim Jeram, 06000 Jitra, Kedah

1964

Ustaz Abdul Rauf b Hj Awang


04-9164264

13.

Madrasah al-Falah as-Samaniah ad-Diniah, Pondok Alor Janggus, Mukim Padang Lalang, 06250 Alor Setar, Kedah


Tuan Guru Hj Zakaria b Hj Mohd Saman


04-7338644

14

Madrasah Ulum Diniah al-Uthmaniah, Pondok Tanjung Kapor, 06000 Jitra, Kedah

1994

Ustaz Hj Sobri b Osman


04-9163791

15

Markaz at-Ta’lim wa Tarbiah, Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, 08200 Sik, Kedah

1993

Tuan Guru Hj Abu Bakar b Ibrahim


04-4693869

16

Ribat Nasrul Nuhajirin

Peti Surat 200, Permatang Kaka, Megat Dewa, 06100 Kodiang, Kedah


Ustaz Hj Mohd Nasir b Abdul Ghani


019 4803578

17

Madrasah Manabi’ a-Ulum ad-Diniah

Kg Pida Dua, Telaga Batu, Mukim Jeram, 06000 Jitra , Kedah


Ustaz Hj Mohd Rejab b Md Akhir


04-7944931

18

Madrasah Darul Muhtadin,

Belakang Masjid, Sg Pau, Jeniang, 08700 Sik, Kedah


Ustaz Othman b Din


012 5849813

19

Maahad Dar Muhajirin

Kg Bukit Gajah Teriak, Mukim Binjal, 06000 Jitra, Kedah


Ustaz Hj Mohd Khirul Anuar b Shafie


019 5104948

20

Madrasah at-Tarbiah,

Pondok Kg Landai, Gulau Sok,08210 Sik, Kedah


Tuan Guru Hj Ahmad Zahari b Yusof


04-7521424

21

Madrasah ar-Rahmaniah

Seberang Pekan Sik, 08210 Sik,Kedah


Tuan Guru Hj Salleh b Musa


04-4695926

22

Pondok Semeling

No 5 Kg Paya Suri Semeling, 08100 Bedong, Kedah


Ustaz Ahmad Luthfi b Abu Seman


04-4571592

23

Madrasah as-Sa’adah al-Islamiah

Pondok Gajah Mati, Kg Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, 06700 Pendang, Kedah


Ustaz Hj Wan Mohd Izudin b Hj Wan Ibrahim


04-7593755

24

Madrasah az-Zuhudiah

Kg Charuk Salang, Parit Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah


Ustaz Rifaie b Yaakob


04-4761443

25

Madrasah Islahiah

Pondok Ustaz Adnan, Kg Paya Kelubi, Sg Karangan, 09140 Padang Serai, Kedah


Ustaz Hj Adnan b Abdul Majid


04-4850284


No comments: