Mohd Nazri Daud



CHABANG EMPAT - Qari Mohd Nazri Daud, 30, muncul johan Tilawah al-Quran peringkat jajahan Tumpat yang diadakan di Masjid Khairiah Chabang Empat, mengekalkan kedudukan-nya sebagai johan tiga tahun berturut-turut.

Kemenangan itu, melayakkan Mohd Nazri, dari Kampung Geting membawa pulang piala dan wang tunai RM400, seterusnya mewakili jajahan ini ke Tilawah Al-Quran peringkat negeri yang diadakan Jun depan.

Hadiah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Tn. Hj. Che Abdullah Mat Nawi selepas merasmikan majlis itu. Hadir sama, Ketua Jajahan Tumpat, YABrs Tn.Hj. Serpudin Mohamad dan Timbalan Ketua Jajahan YBrs Zulkifle b. Abd Rahman serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat.

Mohd Nazri, juara menunggu memperdengarkan ayat 53, surah Nur, meraih markah 85 peratus mengetepikan peserta lain....

Tu dioooo....Tok alim yg sekarang "menghambakan" diri kpd ilmu diPondok Gelang Mas..bekas pelajar dari pondok An Najmiah...

No comments: