SOKONG MEMBAWA REBAH
Pakatan
Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi
agama di negeri Selangor bagi menyokong Barisan Nasional. Contoh paling klasik ialah
kes Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah yang berpusat di Jenderam Hilir,
Dengkil, Selangor. Institusi ini tidak mendapat bantuan Sekolah Agama Rakyat di
bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana beraliran Wahabbi as-Salafi.
USAHA
UMNO 1
Yayasan
Kebajikan Nusantara (YAKIN) adalah merupakan institusi yang bertanggungjawab
untuk mencari dana pembiayaan bagi penubuhan Sekolah
& Maahad Tahfiz Kiblah. Yayasan ini diterajui oleh En Ismail Omar, Pengarah Urusan, syarikat
Global Access Holdings (M) Sdn Bhd. Dengan bantuan Datuk Mukhriz Mahathir,
Yayasan ini telah mendapat pelepasan cukai dari Kerajaan Persekutuan di bawah Subseksyen
44(6) ACP 1967 sejak 01 September 1996.[1]
Dalam masa yang sama, Datuk Mukhriz
Mahathir, selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
telah memberi konsesi yang banyak kepada syarikat Global Access Holdings (M) Sdn Bhd, buktinya:-
SEMINAR & FESTIVAL
KEUSAHAWANAN PAKATAN SIMBIOTIK MALAYSIA[2]
Tarikh : 19-20 OKTOBER 2009
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Auditorium Kompleks
Perdanasiswa
Universiti
Malaya
Penganjur : MITI,
INSKEN & J-CORP
Perasmian : YB
Dato' Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia
(MITI)
Speakers : YBhg En Ismail
Omar
Pengarah
Urusan
Global
Access Holdings (M) Sdn Bhd
Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara
YB Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim
Penasihat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
USAHA UMNO KE-2
Sekali lagi UMNO melalui inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya
mendapatkan sumbangan 3.0 juta Riyal Qatar dari Amir Qatar untuk pembinaan KIBLAH Education Complex di Lot 30774[3] (bersebelahan Bukit Unggul Golf Club), Jenderam Hilir,
Selangor yang akan menempatkan Sekolah Swasta, Maahad Tahfiz dan Pusat Bahasa
Arab. Sumbangan disampaikan oleh wakil Amir Qatar, iaitu Syeikh Sulaiman
As-Sallumi (Mufti Masjid Haram Mekkah) kepada Tan Sri Hashim bin Meon,
Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). Majlis turut diserikan
dengan kehadiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad (dan isteri) yang turut
menyampaikan pidato bertajuk Muslim Dilemma
Challenges & Opportunities. Foto-foto
majlis gilang-gemilang pada 6 Jun 2010[4] adalah
sepertimana berikut:-
|
|
|
|
USAHA
UMNO KE-3[5]
Pada 19 Ogos 2010, Pegawai Khas YAB Timbalan
Perdana Menteri telah mengambil inisiatif untuk mengatur-cara pertembungan
intelektual di antara Yayasan Kajian Strategik Malaysia (YKSM) dan Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam agenda pendidikan
Islam agar ianya lebih terancang dan kemas. Pertemuan itu memberi peluang kepada Tan Sri Dato'
Hashim Meon, Timbalan Pengerusi, YKSM (juga Pengerusi YAKIN) mencadangkan beberapa
pendekatan strategik yang perlu diambilkira oleh Tuan Haji Rashid Ngah,
Pengarah Unit Pendidikan Islam dari KPM bagi menjamin kelangsungan sokongan
Kerajaan Malaysia terhadap keperluan rakyat bagi melahirkan generasi Melayu dan
Islam yang mantap di masa hadapan.
UMNO
AKHIRNYA KENA KENCING
Setelah
berbagai sokongan yang diberikan UMNO kepada golongan ini untuk
menyebar-luaskan dakwah wahabbi as-salafi, akhirnya wajah sebenar kelompok Dr
Mohd Asri bin Zainal Abidin terbongkar jua. Pada 16 Oktober 2010 baru-baru
ini, Tan Sri Khalid bin Ibrahim dan
Dato’ Hassan bin Ali telah dijemput untuk merasmikan Sekolah dan Maahad Tahfiz
Kiblah di Kompleks Ampar Tenang, Yayasan Selangor, Dengkil. YAB Menteri Besar secara
berlapik telah menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana
enggan menyalurkan bantuan Sekolah Agama Rakyat kepada Maahad Tahfiz Kiblah
yang beraliran wahabbi as-salafi.
”Kali ini saya harap JAIS melawat ke semua sekolah agama
rakyat, tanpa pilih kasih, tanpa memikirkan bantuan, sekalipun berbeza aliran. Tanggungjawab
JAIS menentukan pendidikan melalui syariah Islam dan memperkembangkan ke atas
setiap umat.” [6]
![]() |
Tan Sri Khalid bin Ibrahim menyampaikan sumbangan RM40,000
kepada Tan Sri Hashim bin Meon, wakil Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, sambil
diperhatikan oleh Dato’ Hasan bin Ali
|
RUMUSAN
UMNO harus kembali kepada warisan agama Islam yang diamalkan nenek-moyang
mereka terdahulu yang terang lagi jelas berpegang teguh kepada aliran aqidah
Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid
Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra;
mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad
as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan
Imam Junaid al-Baghdadi qsa.
1 comment:
Assalamualaikum,
Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda @ Wahabbi as-Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.
• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah
• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
http://www.docstoc.com/docs/56809171/Tok-Ayah-Zid-Kedai-Lalat
• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca
• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
http://www.docstoc.com/docs/56808286/40-Mutiara-Hikmat-Serambi-Mekah
• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
http://www.docstoc.com/docs/56809354/Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd
• Jom Kenali Dr Maza & Co
http://www.docstoc.com/docs/56808885/Jom-Kenali-Dr-Maza-_-Co
• Ahlul Bait Yang Dicerca
http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca
• Rasulullah Budak Kampung
http://www.4shared.com/video/LKrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampung.html?
• Maulid Tandingi Krismas
http://www.4shared.com/video/-X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krismas.html?
• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
http://www.4shared.com/video/xxv1LDSt/Sifat_20_Tidak_Wajib__Nik_Aziz.html?
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
http://www.4shared.com/video/g7Mzgr1l/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?
• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?
• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/GPYkBAbH/Isu_Sifat_20_-_Mohd_Asri_al-Wa.html?
• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/Q-5Xol7T/Isu_Sifat_20_-_Rasul_Dhari_al-.html?
• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/oVyEtogF/Isu_Sifat_20_-_Fathul_Bari_al-.html?
• Aqidah Muhyiddin Yasin
http://www.box.net/shared/nd4xc31lyy
• Ahlul Bait Baka Pengkhianat (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/i98cl1svgi
• Bapa Kaum Muda Kelantan (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/px1f0idux8
• Melayu Jahiliyah (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/zzphcptlde
• Nik Aziz VS Guru Pondok
http://www.box.net/shared/z79fqf9j45
• Guru Pondok Yang Difitnah
http://www.box.net/shared/si344vemq9
• Risalah Hina Guru Pondok
http://www.box.net/shared/hv5tgpvrja
• Wahabiyyah Darul Naim
http://www.box.net/shared/nd1iif2tz4
• Daulah Indera Kayangan (Shahidan Kasim)
http://www.box.net/shared/lbyk6boch7
• Fitnah PAS Terhadap Habib Umar
http://www.box.net/shared/03rq3s0ock
• Gerakan Wahabbi PAS Melaka
http://www.box.net/shared/65mycqlf8x
• Sokong Membawa Rebah
http://www.box.net/shared/zcpypl85a2
• Bahaya Allah 4 All
http://www.box.net/shared/l2xl7umn6v
• Tajdid Wahabbiyah
http://www.box.net/shared/j2yrzlfmcr
Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka marilah bersama-sama kita berjuang dengan bakat-bakat tadzkir, ta’lim, tazkiyah, tadbir (kuasa), siasah (undi) dan doa bagi mempertahankan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA
Post a Comment