KUASA TIANG KEPADA CITA-CITA ( 2 )



KUASA TIANG KEPADA CITA-CITA ( 2 )

Pondok Bangkit Semula

11.      Selama ini guru-guru pondok yang berpengaruh seperti 


al-marhum TG Abdul Rahman bin Sulaiman (Pondok Sungai Durian)


al-marhum TG Mustafa bin Abu Bakar (Pondok Pasir Tumbuh),




 al-marhum TG Abdul Aziz bin Abu Bakar (Pondok Pasir Tumbuh),
al-marhum TG Ghazali bin Abdullah (Pondok Tunjung) dll adalah merupakan Check & Balance bagi memastikan perjuangan PAS Kelantan tidak tersasar dari landasan ASWJ.

12.      Kembalinya tokoh-tokoh ini ke rahmatullah telah memberi ruang dan peluang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat untuk kembali agresif dengan agenda pembaharuannya. Maka tidak hairanlah Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah, Madrasah An-Najmiah, Kg Geting, Tumpat, Kelantan telah meluahkan perasaannya yang mewakili suara hati guru-guru pondok di Kelantan bahawa [1]:-

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh PAS sejak negara mencapai kemerdekaan, mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British, Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.”

13.      Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dengan tegas mempertahankan pendiriannya tentang Sifat 20[2] dengan merujuk kepada beberapa buah kitab, khususnya kitab karangan Syed Sabiq[3] yang sealiran dengan manhaz Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Pendapat ini turut disokong oleh Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.[4] Maka tidak hairanlah, Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah sepertimana yang pernah dilakukan rakan-rakan seperjuangan terdahulu, terpaksa tampil sebagai imam perang yang berjuang bagi membawa PAS Kelantan kembali ke landasan ASWJ walaupun beliau bukanlah ulama pondok yang terbaik untuk melakukannya – beliau dikenali ramai sebagai seorang yang kerah keng dan gedebe.[5] Perjuangan menentang pengaruh kaum muda dalam PAS turut berlaku di lain-lain negeri, antaranya:-

JOHOR, NEGERI SEMBILAN & MELAKA

14.      Johor - Benteng ASWJ di dalam PAS Johor terletak kepada saf penerajunya yang mempertahankan warisan sistem pendidikan Islam negeri Darul Takzim.

15. Negeri Sembilan - Benteng ASWJ di dalam PAS Negeri Sembilan pula ialah melalui istiqamah zikir tariqat sufiyah, khususnya aliran Ahmadiah Idrisiah. Walaupun demikian, masih terdapat kepimpinan PAS yang menjadi pengikut fahaman kaum muda ini seperti di Madrasah Ittiba' al-Sunnah, Kg Parit, Kuala Pilah (seperti Blogger - Tulang Besi[6] [7], Aduka Teruna[8] dll).

16.      Melaka - Benteng ASWJ di dalam PAS Melaka pula terletak melalui cinta kepada golongan habib aliyiwwin yang istiqamah menghidupkan maulid, berzanji dan ratib. Walaupun demikian, masih terdapat kepimpinan PAS yang menjadi pengikut fahaman baru ini di Madrasah Darul Hadis, Kg Brisu, Alor Gajah (seperti Muhammad bin Yatim, Minghat bin Mamut dll)[9].


TERENGGANU, PERLIS & KEDAH

17.      PAS Terengganu di bawah Abdul Hadi bin Awang[10] dan Harun bin Taib juga menganut fahaman kaum muda sebagaimana Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, namun perkembangan tajdid golongan ini dapat dibentengi oleh pengaruh habib-habib ahlul bait, guru-guru mursyid suffiyyah[11] dan guru-guru pondok al-fathani[12] yang berfahaman ASWJ. PAS Perlis melalui Dato’ Harun bin Din, YB Hashim bin Jasin, Yussainie bin Yahya dll sedang berjuang untuk membebaskan aqidah ASWJ dari cengkaman UMNO Perlis Darul Wahabbi[13] yang ditadbir secara belakang tabir oleh Datuk Hashim bin Suboh (proksi Shahidan bin Kassim) dan Dr Juanda bin Jaya (proksi Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin). Semoga bai’ah tareqat sufiyah Naqsyabandi al-Khalidiyyah di Changloon,[14]Kedah oleh saf pejuang PAS Perlis memberi kekuatan baru kepada jihad mereka.[15] PAS Kedah dan institusi pondok di Kedah saling lengkap-melengkapi kerana masih berpegang teguh dengan aqidah ASWJ. Misalnya; Tuan Guru Salleh bin Musa al-Syatariyyah (Pondok Sik) bolehlah dianggap sebagai Mursyidul Am bagi negeri-negeri di wilayah utara tanah air kerana kerana ketegasan dan lantang menentang fahaman wahabbi yang dibawa Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin. [16]





PERAK, SELANGOR & PULAU PINANG




18.      PAS Perak yang semakin liberal dengan sekutunya DAP tak perlu dipertikaikan lagi. Banyak bukti sebenarnya, namun cukuplah sekeping foto yang memaparkan tindakan bekas Menteri Besar Perak memegang lilin dapat membezakan sama ada af’al tersebut sebagai suatu sesi sidang media atau pun majlis memperingati kematian mendiang Teoh Beng Hock.




19.      Selangor - Dengan restu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat[17] mengizinkan isu kalimah Allah sebagai hak milik bersama digunakan sebagai bahan kempen PRK Sibu baru-baru ini telah menjadi faktor penentu kepada kemenangan calon DAP.[18] Maka tidak hairanlah kepimpinan PAS Selangor seperti YB Dr Mariah Mahmud (Kota Raja) dan YB Khalid Samad (Shah Alam) bertungkus-lumus membantu kempen DAP di gereja bagi membuktikan bahawa PAS hari ini adalah liberal dan toleran dalam urusan agama. 





20.      Tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Xavier Jayakumar (PKR Sri Andalas) pada bulan Ogos 2009 berucap di dalam Masjid Sri Andalas, Kota Raja, Klang sempena bulan Ramadhan telah dipertahankan seorang lagi exco, iaitu YB Dr Halimah Ali (PAS Selat Klang) dan Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin yang berpendirian bahawa kebenaran masuk masjid kepada orang bukan Islam telah dipraktikan oleh Rasulullah saw sendiri. [19]




PAS Selangor adalah konsisten dengan dasar Islam liberalnya. Ini terbukti PAS sekali lagi telah memberi izin kepada YB Teo Nie Ching (DAP Serdang) untuk menjejak kaki dalam dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral.[20] 




 YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) pula diizin untuk masuk ke dalam Masjid At-Taqwa Selayang Baru.[21] Sepertimana yang diduga, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat[22] tampil mempertahankan tindakan wakil-wakil rakyat bukan Islam dengan hujah-hujah yang senada dengan Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.[23] Renungilah pendapat seorang guru pondok Kelantan yang berhujah menggunakan ayat 28 surah at-Taubah bahawa orang musyrikin itu najis, najis yang tidak boleh dibersihkan walaupun dibasuh dengan tujuh kali air termasuk air tanah sekalipun, kecuali dibasuh dengan Kalimah Syahadah. Maka hukumnya haram membawa masuk najis ke dalam masjid.[24]




21.      Atas dasar Islam liberal inilah juga PAS Selangor hanya berdiam diri dan membutakan mata apabila wakil rakyat (pertama) bukan Islam yang berjaya memasuki masjid di Selangor mengadakan kerjasama dengan Pusat Kegiatan Gereja Saint Barnabas di Klang pada 28 November 2010 untuk memberi pendidikan percuma kepada 60 anak pekerja Myanmar !!![25]




22.      Pulau Pinang - Sewajarnya ADUN tunggal PAS yang beraliran Ahlu Sunnah Wal Jamaah dilantik sebagai Exco Hal-Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebaliknya, politik licik DAP-PKR telah memilih YB Abdul Malik bin Kassim (PKR Batu Maung) untuk mengisi portfolio tersebut. Keputusan ini amat penting bagi memastikan dasar Islam di Pulau Pinang terus kekal liberal dan sesuai dengan tuntutan semasa seperti (1) memberi ruang dan peluang kepada Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin[26] untuk berdakwah wahabbi di masjid-masjid negeri; (2) membatalkan perarakan Maulidur Rasul kerana percaya ianya adalah warisan agama kristian.[27]

23.      Bahkan kontroversi terkini di Pulau Pinang ialah membenarkan khatib jemputan dari Perak untuk mengutamakan bacaan doa selamat sejahtera kepada Lim Guan Eng berbanding DYMM Yang Dipertuan Agung dalam khutbah Jumaat beliau di beberapa masjid Pulau Pinang. Sekali lagi isu ini dibela dengan sesungguhnya oleh Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin[28] dan golongan PAS liberal (misalnya, Idris bin Ahmad dll) dengan dalil dan hujah yang segar dan relevan dengan landskap baru abad ke21.


Kesimpulan

24.      Pengaruh besar PAS ke atas pengundi Melayu adalah kunci kejayaan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merealisasikan cita-cita pembaharuan Islam di Kelantan. Cuba  renungkan dengan mendalam nasihat Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin bahawa kuasa adalah alat kepada cita-cita. Katanya[29]:-

Seseorang yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan. Sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong. Tanpa kuasa tiada siapa mahu menerima apa yang kita perkatakan. Ia diibaratkan omong kedai kopi semata-mata

25.      Bagi merealisasikan agenda pembaharuan Islam di peringkat persekutuan, PAS perlu terlebih dahulu bersikap liberal untuk mendapat keyakinan DAP dan PKR. Atas dasar liberal inilah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan saf kepimpinan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan bantahan keras terhadap isu isu Kalimah Allah yang jelas didalangi jentera kempen Pakatan Rakyat.[30] Malah Abdul Hadi bin Awang dalam Ceramah Grand Finale di PRK Sibu dengan jelas dan terang  bahawa

BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara. PAS tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan PAS sedia bekerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. [31]




26.      Maka tak hairanlah Lim Kit Siang pernah berkata dalam kempen DAP PRK Sibu[32]  menyatakan bahawa memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat. Beliau mengaku, tema Undi DAP Bererti Undi Untuk PAS Dan Negara Islam berkesan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi ia sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara dalam pilihan raya umum 2008. Atas dasar itulah, katanya, di Kuala Sepetang, Perak, 84 peratus pengundi Cina telah memberikan undi kepada calon PAS, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Dalam lain perkataan, selagi PAS memperjuang Islam liberal ala kaum muda, maka selagi itulah DAP akan memberikan undi Cina kepada calon Melayu-Islam. Adakah fiqh siayasi PAS ini menguntungkan Islam ? 




27.      Atas kesatuan fahaman yang liberal, maka bergabunglah kekuatan politik PAS-PKR-DAP untuk menawan kerusi persekutuan dalam pilihanraya akan datang. Formula kejayaan penerapan nilai-nilai kaum muda di Kelantan akan menjadi pendekatan yang digunapakai di peringkat persekutuan. Maka secara tanpa disedari tercapailah matlamat akhir perjuangan Daulah Wahhabi se-Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perisytiharan al-Sunnah : Deklarasi Wujudnya Keluarga as-Sunnah yang pernah diserahkan oleh golongan wahabbi seMalaysia kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung, DYMM Raja-raja Melayu, Yang DiPertua Negeri, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Mufti-Mufti Kerajaan Negeri pada tahun 1982.[33]



28.      Maka adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita menolak saf kepimpinan PAS yang berfahaman kaum muda, Islam liberal atau wahabbi; serta mengangkat mereka yang berpegang teguh dengan manhaj tulen Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai pemimpin. Inilah teras aqidah penyokong akar umbi PAS sejak lahirnya parti itu pada 23 Ogos 1951. Jika PAS tidak kembali kepada perjuangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka parti manakah yang akan melepaskan taklif fardhu kifayah umat Islam di Malaysia ini untuk menegakkan Islam secara kaffah ? Demikian juga dengan mana-mana parti siasah Melayu; andainya manhaj songsang itu menjadi sendi fahaman mereka, maka wajarlah kita menentang mereka habis-habisan. Lihat sahajalah beberapa contoh kecil penularan pengaruh wahabbi tulen di dalam PKR[34] dan UMNO.[35]

29.      Artikel ini disimpul kemas dengan dua mutiara nasihat oleh 2 penyokong kuat PAS untuk ditimbang-sukat oleh neraca akal yang waras :-

Tidak kira PAS UMNO kalau bertentangan dengan aqidah kita tentang walaupun dalam jemaah PAS. Orang UMNO jangan kerana taksub parti anda hingga menolak kebenaran hukum alQuran, jangan hina ulama. Taksub boleh membawa kepada kufur. Orang PAS pun sama jangan taksub salah tetap salah. Jangan telampau kuat parti hingga menolak kebenaran. Kalau pemimpin salah kita kena tegur. Jangan taksub. Jangan memandang mudah pada perkara agama, hukum hakam agama. Lebih-lebih lagi perkara aqidah ahli sunnah. Kita kena tolak pahaman wahabi, syiah, pakeda dan lain-lain fahaman yang tidak selari dengan aliran ahli sunnah. Pemimpin-pemimpin perlu berhati-hati mengeluarkan hukum. Serah urusan agama pada ulama jangan gopoh, telatah (terburu-buru). Jangan tolak perkara yang baik disisi agama walaupun dari UMNO. Kita kena terima jangan taksub. Ya memang UMNO sesat tapi ada perkara agama perlu kita akur[36] - kata-kata oleh Baba Hj Salleh bin Musa as-Syatarie, anak murid Syeikh Ismail al-Fathani (Pak Da Eil). Beliau ialah Tuan Guru Madrasah Rahmaniah, Seberang Pekan, Sik, Kedah yang berusia 84 tahun.


Munshi Abdullah, penerjemah dan penyunting pertama Bible (menurut Ngeh, al Kitab) dalam bahasa Melayu; ada menulis dalam karyanya, berbunyi begini (sengaja saya petik dari terjemahan Inggerisnya): "It was therefore an easy matter to revise the text, and to rewrite it in the proper malay style. Nevertheless there still remained a few obscure phrases. For the missionaries did not approve of my changing a number of expressions which are not normally used by malays. Examples are kerajaan shoorga, mulut Allah, anak Allah, Bapa-mu yang ada di shoorga, kehidupan yang kekal and so on. They must necessarily sound awkward in the ears of any Malays who hear them in time to come. If the missionaries, that is, Mr Stronach, Mr North and Mr Keasberry, choose to put these mistakes right, very good..." (Lihat Hikayat Abdullah, MBRAS, jika terbitan terkini 2009 halaman 29). Jika dahulu misionaris ditolongi oleh orang seperti Munshi Abdullah, hari ini, gerakan misionaris telah didokongi oleh kumpulan Islam Liberalis. Saya menyeru dari hati sanubari saya supaya umat Islam yang tulen mengenepikan taksub kepartian dan berfikir waras. Tolaklah dan jangan terbangang lagi. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan PAS supaya bermuhasabah diri dan mencegah mudarat yang bakal  tiba ekoran isu sensitif ini. Dengan kebijaksanaan, tentunya[37] - kata-kata oleh Dr Mohd Faizal bin Musa @ Faisal Tehrani al-Chisti, seorang penulis muda tanah air yang berbekat besar. Beliau pernah menjadi mangsa tuduhan Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin sebagai berfahaman syiah.[38]













Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
·        Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
·        Tok Ayah Zid Kedai Lalat
·        Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
·        40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
·        Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
·        Jom Kenali Dr Maza & Co
·        Ahlul Bait Yang Dicerca

UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
·        Rasulullah Budak Kampung
·        Maulid Tandingi Krismas
·        Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
·        Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
·        Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
·        Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
·        Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
·        Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
·        Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah  yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.


FAKEH KHALIFAH SAKA


[28] http://www.malaysiakini.com/columns/140964
INFO TAMBAHAN - Abdullah Munsyi (1796-1854) belajar untuk berfikir secara liberal dari kumpulan mubaligh kristian. Beliau telah diberi gelaran Abdullah Padre oleh kumpulan mubaligh tersebut (Kajian Dr Abdullah Abd Rahman, USM)

8 comments:

Anonymous said...

terimakasih atas rencana anda..sungguh bermanafaat dan memberi ilmu....Alhamdulillah...sila buat sambungannya....

Dr. Mohd Arif Agam said...

A good article. Praised to Allah.

intansham96 said...

terimakasih atas rencana anda..sungguh bermanafaat dan memberi ilmu....Alhamdulillah...sila buat sambungannya....

Anonymous said...

blog yg bangang!

Anonymous said...

artikel yang bangang!

leekubo said...

Alhamdulillah...ini adalah hasil sentuhan fakeh khalifah saka...saya hanya menyampaikan...terima kasih anon,dr mohd arif, dan intan kerana sudi ziarah..

Zulfikar said...

Alhamdulillah. TQ for the nice effort.

Kebenaran itu amat pahit untuk ditelan.

anti bohmau said...

Allahuakbar! sungguh menarik kupasan yg diberikan.

manusia suka mimpikan kuasa yg lebih besar hingga lupa kekuasaan Allah SWT Yg Maha Besar, Maha Agung...

paling malang, lupa perjuangan asas semasa mula2 dibina...

terima kasih krn berkongsi...