Kenapa Dr Azman Ibrahim ni suka "kutip buah gila"???

Selepas tok ayah mula meneruskan seisi ceramahnya bergandingan bahu bersama UMNO(tidak sesekali bersama DAP) di Besut pada jumaat 1 oct 2010 yang lalu yang bertajuk DAP ANTI ISLAM...Keluarlah sebuah coretan yang sukakan perkataan gila.(disini) 


Mana lebih baik bersama UMNO ?

atau bersama DAP?


Kita lihat berapa sukanya dia kepada perkataan gila...sehingga membilangnya sampai 30 kali

Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan ‘gilo’ (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan ‘gilo’ diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. “Baso gilo”, “puak-puak gilo”, “jenis gilo”, “orang gilo”, “Nik Aziz gilo”, “gilo nok jadi PM”, “menate gilo”, “kena masuk hospital gilo”, “penyakit gilo”, “pemimpin gilo” dan macam-macam lagi jenis ‘gilo’ yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah ‘Tok Guru’ ni?

Saya pun nak tanya juga...Gila ke "dr" ini?

tak kanlah habis dikutipnya kata-kata gila...hujah yang lain ditolak mentah-mentah aje ke?
Saya selaku muridnya pernah menegur tok guru saya supaya tidak terlalu berkasar didalam ceramahnya.
"tok ayah....ada ore komplen ko kito, dalam cramoh tok ayoh tu....hok lain sempurna doh...cuma buah menyumpah tu ore kurang kenang tok ayoh" pohon saya kepada tok ayah.

ia menjawab
"Allah....mintak maaf weh...saya jaga benar-benar doh tu...mari angin skali...nyo tubik jugok...InsyaAllah...saya jaga...semangat tlajok tuh...Allah....."sambil mengeluh.

Permasalahannya....
Beginilah berlaku bila kita bawa hati pedal kita yang busuk untuk mendengar apa-apa sahaja...maka kita hanya bawa pulang benda-benda yang busuk juga...Pergi dengar ceramah, tapi niat huduh...maka hanya benda yang huduh akan kita bawa pulang. tengok tuh..


Entah berapa 'upah' yang diterimanya malam tadi (1 Oktober) sehingga begitu bersemangat sekali ‘Tok Guru’ ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini.

dan lagi....

Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang menggambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya. Intipati ceramahnya cuba untuk menggambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. “Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo.” Seranah ‘Tok Guru’ ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin.

sesiapa sahaja boleh kata hujah ting kosong....tapi menjawabnya dengan ilmiah??? 
Saya akan membawa bukti didalam buku konvensyen pakatan rakyat berkenaan aturan bantuan kepada sekolah.InsyaALLAH....


Kita baca lagi....
Semalam dia kata “kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! Kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti,” ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah ‘Tok Guru’ ni?

(PAS dan PKR)...guna kaedah mana dia marji' isyarat kepada PAS dan PKR sahaja???Tajuk ceramah dah tulis DAP ANTI ISLAM...adus....
Kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. pastu boleh main telan pulak kata-kata ni...kemudian buat pertanyaan gilakah ‘Tok Guru’ ni? siapa yang gila sebenarnya???

akhir kata dr tersebut   hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan.....heh heh...

ingatkah kita apa yang Nik Aziz kata  kepada Timbalan Presiden Pas berkenaan isu perpaduan ? Dia hina kawan tu secukupnya. Dia minta Nasharuddin letak jawatan dan masuk Umno. Dia juga mengatakan Nasharuddin sebagai sampah.
Cuba anda bayangkan Nasharuddin sebagai seorang Timbalan Presiden Pas yang dipilih oleh ahli, seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, seorang suami dan seorang ayah dihina sebegitu aib oleh orang yang dia hormati, bukan oleh musuhnya.

Jom layan blog Al Fadhil al Ustaz al worok yang " memuji " mantam PM Malaysia......supaya dilihat betapa hebat dan waraknya pekerti mereka yang bersikap "double standard" (disini)

akhir kata ...................

celako, celako , celako......ulang skali lagi clakoooo.....(disini) 










No comments: