KUASA TIANG KEPADA CITA-CITA


Sebuah lagi kajian bernas oleh fakeh khalifah saka.


KUASA TIANG KEPADA CITA-CITA
Konsep Baru Islam

1.        Berikut ialah beberapa fakta yang menunjukkan konsep Islam yang menjadi matlamat akhir perjuangan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ia adalah petikan Bab 15 - Gerakan Pembaharuan Islam : Satu Kajian Di Negeri Perlis & Hubung Kaitnya Dengan Malaysia[1] oleh Dr Mohd Radzi Othman dan Dr. OK Rahmat (Terbitan : Universiti Sains Malaysia 2007), sekutu tegar Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin :-

a.     Menurut Ustaz Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan seorang ulama terkemuka di Kelantan yang menjadi Menteri Besar sekarang ini, (Wawancara: 1 Februari 1990) mengatakan penglibatannya dengan aliran pembaharuan sudah lama, bahkan sejak ayahnya lagi. Bapa beliau pernah belajar pada Syeikh Azhari, orang Sudan. Orang Islam pada masa itu masih kuat berpegang pada usalli dan membayangkan semua pekerjaan salat pada waktu takbiratulihram. Ayah beliau adalah pihak penentang cara lama ini. Kedatangan Tok Khurasan, memperkuatkan aliran pembaharuan. Antara yang belajar kepada Tok Khurasan ini termasuklah Allahyarham Haji Ahmad Mahir. Nik Abdul Aziz sendiri bersimpati dengan bahasannya. Menurut beliau: "Saya sendiri memanglah orang yang menyokong pembaharuan".

b.     Sejak akhir-akhir ini, orang mendakwa saya makan tupai, Ustaz Nik Abdul Aziz menerangkan selanjutnya. Masalahnya ialah: Tupai itu binatang bersih, makan barang bersih; tunjukkan sebab mengapa tupai diharamkan ! Kalau tupai tidak haram bukan bererti kita makan haiwan itu. Demikian juga Sifat Dua Puluh; saya minta masyarakat supaya kembali kepada tauhid al-Quran. Heboh masyarakat mengatakan bahawa orang yang makan tupai itu menolak Sifat Dua Puluh. Tadinya saya mengajarkan Fiqhus-Sunnah. Tetapi untuk tidak merosakkan imej PAS saya tukar kepada al-Qardawi.

c.      Ustaz Nik Abdul Aziz meneruskan, bahawa dasar di dalam menyebarkan ajaran al-Sunnah, jangan sebut perkataan "bidaah". Beri keterangan kepada masyarakat apa yang tentu kita buat, jangan yang tidak tentu. Tentang kenduri kematian, saya katakan, bahawa mungkin termakan harta anak yatim. Saya minta hilangkan persandingan. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai hubungan sama sekali dengan Perlis. Menurut Ustaz Nik Abdul Aziz, fahaman pembaharuan akan terus berkembang dan maju dengan pesat. Mahu tak mahu pihak Majlis Agama mesti tunduk kepada kenyataan kebangunan aliran ini.

Batu Penghalang

2.        Cabaran utama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bukanlah parti UMNO sebaliknya guru-guru pondok yang beraliran Ahlu Sunah wal Jamaah yang kuat menentang cita-cita, keyakinan dan wawasan beliau mengembangkan fahaman kaum muda di bumi Kelantan. Perkara ini disahkan sendiri oleh kajian Dr Mohd Radzi Othman dan Dr. OK Rahmat (Terbitan : Universiti Sains Malaysia 2007)[2]  bahawa :-

Tentang Ustaz Nik Abdul Aziz, beliau memandangnya sebagai orang yang berani. Beliau menentang pemikiran tradisional. Salah seorang penentang beliau ialah Tuan Guru Abdul Rahman (bin Sulaiman) dari Pondok Sungai Durian. Tok Guru ini masih kuat mengikuti fahaman tradisional. Menurut Ustaz Hasan bin Idris, penentangan terhadap Nik Abdul Aziz bukan dilatari oleh politik.

3.        Fakta ini diperkukuhkan lagi melalui tulisan peribadi anak murid Tuan Guru Abdul Rahman bin Sulaiman tentang penentangan antara tuan gurunya dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat[3] :-

a.     Tok guru amat kuat menentang kaum muda (sekarang dipanggil salafi) dan sering menyatakan Ustaz Nik Aziz (sekarang Menteri Besar Kelantan) keluar dari Mazhab 4 dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya pernah dengar perbahasan diantara 2 tokoh ini.

b.     Pada tahun 1972 Masjid Guchil telah memanggil kedua tokoh ini untuk menyampaikan ceramah maulidur rasul. Setelah itu diadakan bacaan barzanji. Apabila sampai waktu berselawat Ustaz Nik Aziz tidak bangun. Apa lagi tok guru saya amat marah sekali, katanya sepatutnya kita bangun sewaktu berselawat lalu tok guru saya baca apa yang disebut dalam berzanji iaitu : ”wahaadza waqadis tahsanal qiyam hingga akhirnya“. Yang bermaksud:- ”Dan eloklah berdiri ketika berselawat” hingga akhir (sila rujuk barzanji). Nik Aziz jawab : Itu bukan hadith tetapi hanyalah kata-kata dari pengarang barzanji. Macam mana saya nak berdiri ketika berselawat kerana Nabi tak datang, kalau Nabi datang saya akan berdiri menghormatinya. Tok guru saya amat marah sehingga dia terus balik. Bermula dari situlah mereka berdua tidak boleh bertemu dalam majlis.

NOTA TAMBAHAN
Sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah. "Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam 4 perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan qias (ijtimak ulama). Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang – Tuan Guru Abdullah bin Sa’amah (gambar), Pondok Geting, Tumpat, Kelantan.[4]



c.      Tok guru saya ketika itu adalah ahli majlis ulama dan majlis fatwa negeri Kelantan sehingga banyak kali dia mencadangkan agar Majlis Agama Islam Kelantan menangkap Ustaz Nik Aziz kerana menyebarkan fahaman kaum mudanya. Namun begitu Mufti Kelantan ketika itu Tuan Guru Hj Muhammad Nor (1905-1988) dan timbalannya juga berfahaman seperti Nik Aziz. Mufti Kelantan ini satu badge (seangkatan) dengan mertua tok guru saya Sheikh Daud al-Kelantani, seorang guru di Masjidil Haram. Oleh itu mungkin rasa hormatnya kepada mufti itu, dia tidak mahu berdebat dan akhirnya dia meletakkan jawatan dari ahli majlis ulama dan fatwa.

NOTA TAMBAHAN
Maka tak hairanlah kurikulum pendidikan Islam sekolah-sekolah agama Kerajaan Negeri Kelantan memakai sukatan kaum muda aliran Syed Sabiq.[5]

d.     Ustaz Nik Aziz ini dahulunya bukan tok guru saya sahaja yang bertentang pendapat dengannya bahkan boleh dikatakan semua tok-tok guru pondok di Kelantan menentangnya. Kebanyakan tok-tok guru pondok ketika itu tak biasa berada di atas pentas untuk berpidato walau pun ilmu mereka banyak dan mereka hanya dapat mengajar, tak boleh berpidato. Guru saya merupakan jurucakap tok-tok guru lain di Kelantan kerana dialah satu-satunya tok guru yang petah berceramah, tok-tok guru lain tak begitu pandai berceramah, termasuk al-marhum Tok Guru Hj Mustafa bin Hj Abu Bakar dan adiknya al-marhum Hj Abdul Aziz (kedua-duanya adalah pengasas Pondok Pasir Tumbuh).

e.     Setelah saya berhenti belajar dari pondok dan melanjutkan pelajaran ke Madinah barulah minda saya terbuka. Saya ingin menerangkan di sini bahawa sebagai orang Islam kita tidak boleh menuduh tanpa fakta. Kebanyakan tok-tok guru pondok ini hanya baca kitab sahaja tetapi tidak mahu mengkaji dan mereka lebih suka berpegang kepada pendapat tok guru mereka, sebab itulah fikiran mereka tidak terbuka.[6]






Tokoh Kaum Muda Al-Kelantani



4.        Mohd Asri bin Yusuf dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan; Darul Ulum, Deoband di India serta Nadwah Ulama di Pakistan di dalam bidang pengajian hadis. Beliau adalah pengasas Madrasah Darul Kauthar[7] di Kubang Kerian, Kelantan yang menyediakan pendidikan di dalam bidang tahfiz Al-Quran dengan penuntut seramai 150 orang. Beliau aktif di masjid/surau sekitar Bandar Kota Bahru. Beliau diberi gelaran maulana oleh muridnya kerana dianggap fakeh dalam bidang hadis yang sering menjadi alat menghukum bidaah amalan mahzab as-Shafieyyah.[8]




5.        Shaari bin Mustafa adalah anak saudara kepada Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Beliau adalah anak murid Mohd Asri bin Yusuf (Darul Kauthar) dan pengasas Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan, Kelantan. Sebahagian besar operasi darul tahfiz ini dibiayai dana Wakaf Falahiah yang diwujudkan Keluarga Wan Nuh.[9] Beliau telah ditahan di bawah ISA pada tahun 2001 bersama-sama Nik Adli (anak Nik Abdul Aziz) kerana disyaki terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).[10] Beliau aktif di masjid/surau sekitar Pasir Pekan sehinggakan para jemaah terpengaruh meninggalkan amalan membaca doa selepas solat, berzikir secara jemaah, membaca qunut Subuh, bertarawih hanya 8 rakaat dll.[11]






6.        Dr Johari bin Mat ialah Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). KIAS adalah hasil cetusan idea Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan merupakan anak syarikat milik kerajaan negeri. Di KIAS, sebahagian besar tenaga pengajarnya adalah lulusan universiti pro kaum muda dari negara Arab Saudi, Pakistan dan Jordan.[12] Beliau amat terkenal dengan fahaman al-mujassimah, iaitu menisbahkan sifat Allah dengan sifat makhluk.[13] Selaku AJK PAS Kelantan merangkap Ahli Panel Kajian Aqidah JAKIM, banyak ajaran tareqat sufiyyah yang benar dirumuskan sebagai ajaran batiniah serta dihukum terkeluar aqidah. Maka berleluasalah fitnah terhadap tareqat muktabar di kalangan masyarakat awam. 




7.        Nik Mohd Amar bin Nik Abdullah adalah satu dari calon pengganti utama Menteri Besar Kelantan  kerana faktor kesatuan fahaman kaum muda[14] dan jasa bapanya sebagai mentor politik Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.[15] Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah di bawah bidang kawalan beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan. Beliau telah gagal 2 kali dalam mengambil-alih Pusat Pengajian Pondok Teluk Kandis, Bachok yang terkenal melahirkan ilmuwan melalui sistem pondok talaqqi.[16] Projek terkini beliau di bawah YIK ialah penggunaan kurikulum pengajian Darul Ulum, Deoband, India untuk disesuaikan sistem pembelajaran agama di Kelantan[17]; di samping aktif dalam mempromosikan fahaman ini dalam bentuk seminar, konvensyen dll di peringkat kerajaan negeri.



8.        Abdullah al-Qari bin Salleh adalah antara pelopor gerakan kaum muda di Kelantan;  seangkatan dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, al-marhum Mohd Noor bin Ibrahim (mantan Mufti Kelantan), al-marhum Ismail bin Yusuff (mantan Mufti Kelantan) dll[18] Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulid ar-Rasul dan Tokoh Sunnah (IQ) Nusantara.[19]
 




9.        Anaknya, Dr Ahmad Najib bin Abdullah al-Qari adalah seorang pensyarah KIAS dan pendakwah bebas yang aktif menyebarkan fahaman kaum muda di masjid/surau sekitar USM Kubang Kerian.[20] Beliau juga amat aktif menulis buku-buku berkaitan agama untuk mensebar-luaskan kefahaman kaum muda kepada masyarakat umum, khususnya golongan pelajar dan akademia.




10.      Pondok Sungai Durian[21], Kuala Krai juga merupakan pusat pengkaderan kaum muda di Kelantan. Anak al-marhum Tuan Guru Abdul Rahman bin Sulaiman, Dr Abdul Basit[22] telah memilih jalan untuk bersama-sama agenda pembaharuan aqidah yang dipelopori Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tidak seperti  ayahandanya.[23]


siri kedua akan mengiringi mengenai kebangkitan pondok-pondok di Kelantan.
untuk download berformat PDF dan MC WORD sila klik disini.

No comments: