Satu kajian oleh : FAKEH KHALIFAH SAKA
TOK AYAH ZID KEDAI LALAT
1. Adalah amat sukar untuk kita
membaca sendi-sendi pemikiran seorang yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah Zid Kedai Lalat. Ramai orang menuduh
beliau sebagai wahabbi. Apa yang kita takut ialah rumusan yang kita buat
bercanggah dengan niat hakiki dan sendi pemikiran tuan empunya diri. Apatah
lagi sifat zuhud, arif dalam ilmu alat, tidak memusuhi ahlul bait dan tasauf
membuatkan kita semakin sukar untuk mengasingkan kaca daripada ribuan permata. Maka
diambil inisiatif kecil ini untuk menggariskan beberapa fakta yang menzahirkan asas-asas
pemikiran beliau sebagai alat kita menimbang dan membuat kesimpulan.
Rasulullah SAW & Maulid Nabi
2. Seorang blogger bernama Hanif bin Salleh
telah menyiarkan tazkirah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.[1](di sini) Berikut ialah beberapa isi penting tazkirah
tersebut :-
a. Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh
Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi
ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni
namanya Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau telah
dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia
beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti
Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.
b. Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut
maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa
Muhammad Muhammad lain. Kat kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad, ada
Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita
dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang
jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun
kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'.
|
3. Berikut ialah beberapa isi penting yang dipetik dari khutbah
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Masjid Yayasan al-Bukhari, Alor Malai, Alor Setar,
Kedah pada 21 Mac 1998 [2](disini) dan (disini) :-
a. Zaman nabi tidak ada maulud,
zaman sahabat tidak ada maulud, zaman tabi'in tidak ada maulud. Kita buat
maulud ni pertamanya kerana kita nak tanding dengan orang Kristian, waktu
orang Eropah, askar sabil menyerang Palestin, dia menduduki Baitul Maqdis
depa pun sambut perayaan jugak iaitu setiap 25 Disember mereka merayakan
Krismas untuk menyambut kelahiran Nabi Isa.
b. Ertinya 40 tahun kemudian
daripada nabi kita lahir barulah ada hubungkait kita dengan dia. Sepatutnya
kita besar-besarkan hari Nuzul Quran, dalam bulan Ramadhan Allah Taala bawak
turun ayat Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq. Ini ayat pertama sebagai tali
berjuntai turun dari langit untuk menyelamatkan manusia di muka bumi, hari tu
sepatutnya kita besarkan bersungguh-sungguh, hari Nuzul Quran kita panggil,
dalam bulan Ramadhan, tapi hari nabi beranak, nabi beranak tak da apa, dia ni
macam budak kampung aja, tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga sampai
ketahun yang ke 40 barulah hubungkait dia dengan kita ada…oleh yang demikian
kalau kita nak besar-besarkan maulud jugak, besarkanlah tapi jangan lupa
hakikat sebenar sambut Nabi Muhammad bukan kerana dia beranak, tapi kerana
dia terima wahyu, dari wahyu tulah kita reti benda apa Allah, benda apa
malaikat, benda apa dosa pahala, benda apa syurga, benda apa neraka dan benda
apa nafsu.
|
4. Seorang
blogger penyokong Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bernama
Kelab Greenboc pada 13 Februari 2010 telah menjelaskan bahawa Kelantan tetap tidak akan
menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran. Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud
besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadhilat tidak
sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadhilat dan kelebihannya.
Bulan Maulud tidak ada apa. [3](disini)
NOTA TAMBAHAN
Kenyataan
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat turut disokong oleh seorang blogger Ibn Yusof yang pro
Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.[4] (disini)
Apa yang paling menarik sekali ialah beliau turut mempamerkan keratan akhbar
HARAKAH yang menunjukkan Abdul Hadi bin Awang mempunyai aliran pemikiran yang
sama dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
5. Dalam laman forum Asyraaf diperincikan secara jelas kenyataan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 28 Oktober 2008 terhadap Ahlul Bait yang menentang gerakan Islam PAS. Berikut ialah beberapa isi penting untuk renungan[5] disini:-
a. Saya nak kirim salam kepada dia (Datuk Syed Ali
Alhabshee), biar dia faham perpecahan yang berlaku
atas dunia ini kerana
berpunca dari golongan Syed. Semua bapa saudara Nabi adalah Syed. Ini kepala
yang melawan Nabi. Jangan kata kepada saya
yang membawa perpecahan. Sekarang ni, orang Arab juga pengkhianat termasuk
baka Syed, biar dia faham.
NOTA TAMBAHAN
Sepuluh
hari kemudian (8 November 2008) telah berkata Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat bahawa "Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya
terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya. "Ada banyak darah hingga
saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya
berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku. "Selepas saya
dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor
telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa".[6]disini
b. SOALAN - Tok Guru kata baka syed ni semua pengkhianat. Adakah semua ? JAWAPAN
- Bukan semua, saya nak beritahunya yang memecah belah ialah orang yang
melawan gerakan islam yang dibawa PAS, termasuklah golongan syed.
NOTA TAMBAHAN
Fahaman ”PAS ialah Islam, Islam ialah PAS” telah menyebabkan Habib Omar
Bin Hafiz turut dilabel sebagai pemecah-belah gerakan Islam PAS kerana tidak
menyokong parti tersebut. Anak Abdul Hadi bin Awang telah membawa Timbalan
Mufti Yaman untuk berceramah menyesatkan beliau di pondok dan madrasah milik
penyokong PAS.[7](disini)
|
Al-Quran & Al-Hadith
6. Seorang muridnya yang bernama Abu Hasan
Chan[8] (disini)menyatakan bahawa; Nik Aziz yang
ketika 35 tahun dahulu dia pernah mengajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Saya berulang-alik setiap minggu ke Masjid
Muhammadi mendengar beliau mengajar tafsir al-Qur’an dan Hadith. Saya terpikat dengan Nik Aziz kerana keilmuannya
bukan kerana dia seorang tokoh politik. Cara dia mengajar tafsir
al-Qur’an ialah gaya seorang yang luas ilmu lughah bahasa Arab dan matang dalam
ilmu nahu Arab. Saya berkata begini kerana ketika itu saya masih lagi mentah
dalam ilmu lughah dan nahu. Nik Aziz apabila dia mula menafsirkan satu-satu
ayat al-Qur’an , dia akan huraikan kalimah-kalimah al-Qur’an yang diberi makna
dari segi bahasa, kemudian dia ada juga menyebut kaedah dan peraturan nahu
bahasa Arab, menyebut asbabul-nuzul , sirah nabi, isu semasa tempatan dan isu
semasa global. Ibarat-ibarat dan perbandingan seharian adalah senang difahami
dan menyentuh dalam ke dalam lubuk jiwa …yang Nik Aziz memberi penekanan
kepada fiqhud-dakwah (cara-cara berdakwah dan menjawab tentangan musuh-musuh
Islam). Jika Nik Aziz menggambarkan suasana neraka , kita akan merasa bahawa
seolah-olah kita melihat neraka itu sendiri dan amat gerun sekali. Jika Nik
Aziz menghurai tentang suasana syurga, kita akan merasa penuh harapan semoga
Tuhan mengampun kita dan masukkan kita ke dalam syurga.
7. Maka
atas kurnia bakat inilah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih cenderung untuk memilih mahzab aliran Syed
Sabiq yang menganjurkan kebebasan bertaqlid berdasarkan ijtihad al-quran dan
hadith.[9] (disini) Maka tidak
hairanlah dari segi hukum-hakam feqah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bebas
mengambil salah satu, gabungan atau bebas mutlak mana-mana pendapat 4 mazhab
yang sesuai dengan pertimbangannya. Misalnya dalam kolum tetap beliau dalam akhbar HARAKAH yang bertajuk Amalan
Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama[10],(disini) Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengatakan :-
a.
Pengarang Kitab at-Tazkirah iaitu
al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa di antara amalan jahiliyyah ialah
mengadakan suatu himpunan beramai-ramai di perkuburan, di masjid atau di
rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan
makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri
arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada nas yang menjadi rujukannya dan tiada
petunjuk sunnah yang menjadi ikutan. Sesungguhnya ia adalah
dari perbuatan jahiliyyah.
b.
Walaupun
Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang
sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak
pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang
mati. Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya
yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat
para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ? jika
perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah
punca amalan itu diambil.
|
8. Manakala
dalam bab tauhid pula, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih cenderung kepada aliran
Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayim yang menurut pertimbangannya mudah difahami dan
bebas dari unsur bidaah. Perkara ini jelas dapat dibuktikan melalui ketegasan
beliau mempertahankan kritikan terhadap pengajian sifat 20[11]sila muat turun (disini)dengan merujuk
dalil-dalil hujjah beberapa buah kitab, khususnya karangan Syed Sabiq.
Tauhid
Mengenal Allah[12]
9. Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat melalui kitabnya yang bertajuk Tafsir Surah Yunus, ada menyebut
bahawa :-
a. Dalam kitab-kitab usul dan kitab-kitab tauhid ada dua istilah, dua
perkataan yang sering diulang-ulangkan. Satu uluhiyyah satu lagi dipanggil rubbubiyyah.
Perkataan-perkataan uluhiyyah dan rubbubiyyah, digubal dan dicipta ulama
kita bagi memudahkan kita orang kampung memahami (Baris 09, Halaman 22).
b. Tuhan sudah menentukan bahawa fesyen hidup manusia di dunia kena menunggu
masa kerana sewaktu Aku buat dunia pun Aku menunggu masa, menunggu jarak
tertentu (Baris 26, Halaman 23).
c.
Lepas daripada siap langit dan
bumi Tuhan kata: Aku pun istawa.
Kalau terjemah makna kampung istawa
ertinya duduk bersila seperti saya duduk bersila sekarang; di panggil istawaitu aku duduk bersila (Baris 36,
Halaman 23).
d.
Dengan sebab masa manusia
beribu-ribu tahun lagi melihat orang-orang berkuasa apabila hendak bercakap
benda penting dia duduk dahulu di atas kerusi maka Allah Taala pun begitu juga (Baris 27, Halaman 24).
Tasauf al-Ghazali
10. Pendirian Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
terhadap tasauf telah dinukil dengan kemas oleh anak muridnya yang bernama Abu
Hasan Chan[13] (disini), iaitu antara
kelebihan Nik Aziz ialah beliau mampu mengajar kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali dalam teks bahasa Arab.
Amat jarang sekali orang di Malaysia ini berkemampuan mengajar teks ini dalam
bahasa Arab. Beliau seorang yang “tabahhur” (ibarat lautan) dalam ilmu lughah.
Beliau kadang-kadang menyebut petikan nahu matan al-alfiah menghiasi kuliah-kuliah ugama dan mengajar teks-teks
kitab.
KESIMPULAN
11. Berbanding dengan fahaman wahabbi di
Perlis; Tok Ayad Zid Kedai Lalat tidak melarang orang ramai belajar kitab-kitab tua mazhab Syafie atau
beramal dengannya.[14] juga disini Beliau juga tidak menghalang masyarakat dari
belajar dan mengaji sifat 20 yang diasaskan Imam al-Asy'ari ra dan Imam al-Maturidi ra.
Beliau tidak menentang golongan tasauf, golongan ahlul bait atau golongan ulama
pondok; selama mana kelompok ini tidak menentang gerakan dakwah yang dipacu
jemaah PAS.
12. Ulama silam Nusantara, termasuk ulama
silam Fathani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah al-Quran
dan hadis. Namun mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan
berbagai-bagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam. Oleh itu,
mereka mengukuhkan istilah pegangan iaitu al-Quran, Hadith, Ijma’ al-Ulama dan Qiyas
as-Shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan
pemikiran otak semata-mata.[15] (disini)
13. Tok Ayah Zid Kedai Lalat telah memilih
jalan yang berbeza sama sekali daripada ulama-ulama Melayu nusantara seperti
Syeikh Daud Abdullah al-Fathani, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh
Abdul Samad al-Falimbangi dll. Cukup bersandarkan kepada kefakehan dalam ilmu al-Quran
dan Hadith semata-mata; beliau telah memilih tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma’ wa
sifat yang diasaskan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayim sebagai pegangan iktiqad.
Manakala mazhab
Syed Sabiq yang bebas taqlid menjadi pilihan dalam menentukan hukum-hakam feqah –
maka tak hairanlah pegangan sedemikian ini menjadi sumber lahirnya fatwa-fatwa
baru yang pelik-pelik dan berubah-ubah mengikut keperluan masa, keadaan dan
tempat.
14. Adapun hukum beraqidah
sepertimana di Para 13 di atas, tidaklah berani kita membuat kesimpulan.
Eloklah kita rujuk kepada deklarasi tiga pondok utama di Kelantan mengenainya.
Pondok-pondok yang kita maksudkan itu adalah (1) Madrasah an-Najmiah, Pondok
Geting, Tumpat; (2) Madrasah Diniah al-Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh, Kubang
Kerian dan (3) Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh.
Assalamualaikum,
Berikut ialah
beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas
tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam
aqidah umat islam di negara ini.
SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
·
Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
·
Tok Ayah Zid Kedai Lalat
·
Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
·
40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
·
Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
·
Jom Kenali Dr Maza
& Co
·
Ahlul Bait Yang Dicerca
SILA
KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
·
Rasulullah Budak Kampung
·
Maulid Tandingi Krismas
·
Sifat 20 Tidak Wajib
(Nik Aziz)
·
Wahabbi Adalah ASWJ
(Hadi Awang – Part 1)
·
Wahabbi Adalah ASWJ
(Hadi Awang – Part 2)
·
Asma’ Wa Sifat (Hadi
Awang)
·
Sifat 20 – Dr Mohd
Asri al-Wahabbi
·
Sifat 20 – Rasul
Dahri al-Wahabbi
·
Sifat 20 – Fathul
Bari al-Wahabbi
Taklif pengkaji
telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk
menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka
bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan)
atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan
Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah
Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau
Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid
al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA
Email:- fakeh@hush.com
[12] Kenyataan
yang sama diperolehi dari CD kuliah beliau di Kelab PAS
mengenai Surah al-Fath (Siri Ke-5)
2 comments:
salam berminat dengan ulasan saudara....
alhamdulillah... sungguh jelas ulasan saudara... cuma ana nak bagi info terkini je..selepas berlaku nya peristiwa2 yg saudar cerita diatas. iaitu mengenai fahaman tok ayah zid..ramai di kalangan tok2 guru dan sahabt2 tok ayah zid d kelate ni bersemuka dan berkongsi pandangan denganya secara hikmah,..dn alhamdulillah selepas ayah zid sdri faham n memahami fahaman AHlul sunnah wal jamaah dgn jelas.. maka beliau ambil sikap tidak menetang.. malah turut mengamalkan selawat kpd nabi secara pribadi..(perlu di ingat tok ayah zid bnyak menimba Ilmu di india pakistan,, jadi adab ilmu disana x macam kita belajar disini n yaman..ana sdiri pernah belajar di pakistan bberapa tahun.. ana faham situasi pemikiran ayah zid. dan ana sdiri pernah berfahaman sebegitu.) alhmdulillah berkat doa2 shabat n guru.. ana cepat memahmi kembali hakikat sebenar ahlul sunnah wal jamaah.. yang pasti,, ayah zid bukan wahabi.. atau pendakwah wahabi halus.. ana boleh pastikan dgn jelas dn yakin..
Post a Comment